..surat atau Allah SWT.
Mesti ramai diantara kita yang menerima message ataupun email berantai yang berbunyi sebegini:
"Telah diriwayatkan oleh seorang penjaga makan Rasullullah bahawa dia telah didatangi Rasulullah A.S di dalam mimpi menceritakan bahawa hanya 60,000 umatnya akan terselamat dari api neraka. Oleh itu hendaklah kita membanyakkan amal bla..bla..bla. Setelah membaca wasiat ini, anda dikehendaki menyebarkannya kepada 20 orang umat Islam kerana jika anda tidak menyebarkannya anda akan di timpa benca. Tetapi jika anda menyebarkannya, anda akan dilimpahkan rezeki yang banyak."
Permulaan surat tu saya dah rasa bagus sangat la sebab dia mengingatkan kita tentang akhirat, suruh banyak beramal..bagus tu. Bagus. Bila dia suruh sebarkan pun, saya tak kisah la.. jangan kata 20 orang, hatta 200 orang pun saya sanggup. Apa susah, copy paste je la.
TETAPI.... part yang akhir tu saya tak setuju langsung! Takkanlah hanya kerana tidak menghantar surat layang ini kita akan ditimpa bencana. Kalau menghantarnya pula akan mendapat rezeki. Soalnya, siapa yang menentukan rezeki dan bencana? Bukankah Allah SWT?
Jangan pandang enteng perkara ini. Silap2 jika kita mempostkannya semula boleh rosak akidah kita. Ini mungkin tipu helah golongan yang mahu menyesatkan iman kita supaya MEMPERCAYAI SESUATU YANG LAIN SELAIN ALLAH SWT. Tidak ke dah jadi kufur pulak kita kat situ kalau kita mengepostkannya semula?
Jadi kepada kamu-kamu yang pernah mengepostkan kembali message berantai serupa ini, panjangkanlah akal kamu di masa akan datang untuk memikirkan perkara yang paling asas dalam kepercayaan agama kita iaitu : TIADA YANG LEBIH BERKUASA SELAIN ALLAH SWT..
..dan tentunya surat layang tidak sama sekali lebih berkuasa dari Allah SWT.
Selamat mengimarahkan masjid di malam-malam terakhir Ramadhan ini. Semoga ketemu LailatulQadar.. amin.
0 comments:
Post a Comment