..surat atau Allah SWT.
Mesti ramai diantara kita yang menerima message ataupun email berantai yang berbunyi sebegini:
"Telah diriwayatkan oleh seorang penjaga makan Rasullullah bahawa dia telah didatangi Rasulullah A.S di dalam mimpi menceritakan bahawa hanya 60,000 umatnya akan terselamat dari api neraka. Oleh itu hendaklah kita membanyakkan amal bla..bla..bla. Setelah membaca wasiat ini, anda dikehendaki menyebarkannya kepada 20 orang umat Islam kerana jika anda tidak menyebarkannya anda akan di timpa benca. Tetapi jika anda menyebarkannya, anda akan dilimpahkan rezeki yang banyak."
Permulaan surat tu saya dah rasa bagus sangat la sebab dia mengingatkan kita tentang akhirat, suruh banyak beramal..bagus tu. Bagus. Bila dia suruh sebarkan pun, saya tak kisah la.. jangan kata 20 orang, hatta 200 orang pun saya sanggup. Apa susah, copy paste je la.
TETAPI.... part yang akhir tu saya tak setuju langsung! Takkanlah hanya kerana tidak menghantar surat layang ini kita akan ditimpa bencana. Kalau menghantarnya pula akan mendapat rezeki. Soalnya, siapa yang menentukan rezeki dan bencana? Bukankah Allah SWT?
Jangan pandang enteng perkara ini. Silap2 jika kita mempostkannya semula boleh rosak akidah kita. Ini mungkin tipu helah golongan yang mahu menyesatkan iman kita supaya MEMPERCAYAI SESUATU YANG LAIN SELAIN ALLAH SWT. Tidak ke dah jadi kufur pulak kita kat situ kalau kita mengepostkannya semula?
Jadi kepada kamu-kamu yang pernah mengepostkan kembali message berantai serupa ini, panjangkanlah akal kamu di masa akan datang untuk memikirkan perkara yang paling asas dalam kepercayaan agama kita iaitu : TIADA YANG LEBIH BERKUASA SELAIN ALLAH SWT..
..dan tentunya surat layang tidak sama sekali lebih berkuasa dari Allah SWT.
Selamat mengimarahkan masjid di malam-malam terakhir Ramadhan ini. Semoga ketemu LailatulQadar.. amin.
Lagu Warisan- Anak kecil main api
Jangan biarkan diri kita menjadi mainan bangsa lain. Jika bukan tanah ini, kalau kita tidak mempertahankan tanah ini, kita sudah tidak ada apa-apa lagi!
MANA SAYA PERGI LAMA TAK UPDATE
..maybe ini la yang cik Chika kita akan tanya saya.
Hahaha.. tak kemana. Busy. Sibuk.
Kerja,kerja sukarela..dan menjaga anak-anak kecil sementara belum ada orang yang nak adopt mereka.
Kebelakangan saya sibuk menyelamatkan seberapa banyak anak kucing yang saya jumpa daif di kaki-kaki lima pusat tusyen tempat saya ngajar.
Ada yang sudah diadopt. Terima kasih kepada mereka yang prihatin. Sheng dan Zahra Chaudry.
Ketika ini masih menjaga dua ekor yang masih belum di adopt. Saya namakan mereka Stretchy dan Bone. Stretchy punggungnya dimakan ulat lalat. Dia terlalu kecil dan tidak pandai membersihkan dirinya. Tahi yang terpalit dipunggungnya menjadi tempat lalat bertelur. Alhamdulillah sudah dibawa ke vet, buang semua ulat yang sebanyak 23 ekor. Sekarang lukanya sudah tertutup semua. Mujarab betul minyak gamat dan jeli gamat. Sekejap saje open wound si Stretchy sudah baik.


Masa tengah rawat mereka dengan Frontline. Takut dia jilat bulu dia, pakaikan dia baju.. matching dengan tilam! Kakakaka!
Bone pulak di jumpai dengan mata yang penuh dgn taik mata, kurus..hanya kulit dan tulang. Sebab tu namanya Bone.
Bawa mereka pergi deworm. Tapi selepas saje pulang dari vet, keesokkannya Bone sakit. Tak mau makan..lemah. Kemudian muntah-muntah berdarah. Kaget.
Terus bawa Bone ke vet. Doktor syak mungkin dia kena virus FIV. Allah....
Beli ubat, doktor nasihatkan suruh bagi dia banyak minum air elektorlit supaya dia sentiasa hydrated. Sejam sekali bangun beri Bone minum air. Sementara Bone sakit, pisahkan Bone dari Stretchy. Takut berjangkit. Doktor ingatkan pada saya yang anak-anak kucing, chance of survival dari FIv sangat tipis. Tapi saya tak berputus asa. Hasil doa kawan-kawan di KTAJ, pukul 6 pagi saya dikejutkan oleh Bone. Bone mintak makanan.. laju Bone makan, walaupun sikit. Alhamdulillah. Terkini, Bone masih lemah, tapi boleh makan. Kurang minum air, jadi terpaksa bagi dia minum guna picagari.
Oh ye, keduanya juga jantan. Lupa nak bgtau. ...tapi saya buatkan baju dress untuk dia. Hahahaha!!!!

http://www.youtube.com/watch?v=ZAJQqiqy7i4
Hahaha.. tak kemana. Busy. Sibuk.
Kerja,kerja sukarela..dan menjaga anak-anak kecil sementara belum ada orang yang nak adopt mereka.
Kebelakangan saya sibuk menyelamatkan seberapa banyak anak kucing yang saya jumpa daif di kaki-kaki lima pusat tusyen tempat saya ngajar.
Ada yang sudah diadopt. Terima kasih kepada mereka yang prihatin. Sheng dan Zahra Chaudry.
Ketika ini masih menjaga dua ekor yang masih belum di adopt. Saya namakan mereka Stretchy dan Bone. Stretchy punggungnya dimakan ulat lalat. Dia terlalu kecil dan tidak pandai membersihkan dirinya. Tahi yang terpalit dipunggungnya menjadi tempat lalat bertelur. Alhamdulillah sudah dibawa ke vet, buang semua ulat yang sebanyak 23 ekor. Sekarang lukanya sudah tertutup semua. Mujarab betul minyak gamat dan jeli gamat. Sekejap saje open wound si Stretchy sudah baik.
Luka montot Stretchy yang berlubang dah nak baik.
Masa memula, lemah dan keletihan.
Bone pulak di jumpai dengan mata yang penuh dgn taik mata, kurus..hanya kulit dan tulang. Sebab tu namanya Bone.
Bawa mereka pergi deworm. Tapi selepas saje pulang dari vet, keesokkannya Bone sakit. Tak mau makan..lemah. Kemudian muntah-muntah berdarah. Kaget.
Terus bawa Bone ke vet. Doktor syak mungkin dia kena virus FIV. Allah....
Beli ubat, doktor nasihatkan suruh bagi dia banyak minum air elektorlit supaya dia sentiasa hydrated. Sejam sekali bangun beri Bone minum air. Sementara Bone sakit, pisahkan Bone dari Stretchy. Takut berjangkit. Doktor ingatkan pada saya yang anak-anak kucing, chance of survival dari FIv sangat tipis. Tapi saya tak berputus asa. Hasil doa kawan-kawan di KTAJ, pukul 6 pagi saya dikejutkan oleh Bone. Bone mintak makanan.. laju Bone makan, walaupun sikit. Alhamdulillah. Terkini, Bone masih lemah, tapi boleh makan. Kurang minum air, jadi terpaksa bagi dia minum guna picagari.
Oh ye, keduanya juga jantan. Lupa nak bgtau. ...tapi saya buatkan baju dress untuk dia. Hahahaha!!!!
Stretchy 'Wechi'
Cepat-cepatlah sembuh , ok Bone?http://www.youtube.com/watch?v=ZAJQqiqy7i4
YM: Yang Mengundur, Yang Malas dan Yang Meroyan
Yang Mengundur
Bro brad hantar sms pada aku pada malam aku menghantar parents dan adik bongsu aku ke China.
"Assalamualaikum Sez. Sez sampaikan salam bro pada semua kawan-kawan. Bagitau mereka bro sayang mereka semua. Mulai dari hari ini bro akan bersara dari chatting. Tq sez".
Aku pun macam terkejut.. dalam hati 'Allah...apahal la plak....'.
Sakan aku usik mak dan adik aku, aku berenti kejap dan reply sms Bro Brad.
"Apasal plak ni? Apa salah kami? What happen?"
Iyelah, respond aku tu sebab memikirkan, sapa pula yang dah sakitkan hati Bro Brad sampai dia nak bersara YM. Tak lama dia reply.
"Bukan salah siapa-siapa. Ini keputusan bro sendiri. Bro tak pernah berkecil hati dengan siapa-siapa".
Oh....takpelah. Aku pun segeralah faham keputusan dia. Itu hak dia. Nak berenti ke nak teruskan chatting ke. Hanya dia sahaja yang tau apa yang terbaik untuk diri dia buat masa ini. Andai kata dia mau kembali aktif berchatting, pun kita terima juga.
Yang Malas
Tak lama tau-tau Nordy kata Syara plak malas nak chatting. Haish.. nape la plak malas???
Yang Meroyan
Cerita pasal hak. Memanglah hak masing-masing nak buat apa sahaja pada diri masing-masing.
Betul.
Nak bubuh gambor tangan kat profile YM ke, kat profile FB ke..apa ke.. lantak kome la. Memang tak salah pun. Dah akaun kome, bukan akaun awok. Awok sendiri pun bubuh gambor tangan.
Tapi..awok bubuh gambor tangan awok sendiri. Idok ler bubuh gambor tangan orang putih ke, orang parsi ke, orang Canada ke...
Ni cerita bukan bubuh gambor tangan tau. Tapi gambar muka. Memang la hak korang nak bubuh gambar apa pun kat profile memasing, tapi PERLU KE NGAKU TU GAMBOR KORANG YANG SEBENARNYA? Tak baik menipu. Tuhan marah. Dosa.
Ingat orang lain baru kenal/jumpa korang sekali je ke. Banyak kali. Jadi, ramai dah tau muka engko mcm mana. Tak usah nak kencing la....
Asal la boleh jd macam ni. Takut saham tak laku ke apa? Aish..apsal lak takut saham tak laku. Kan ke dah berpunya.. Tak perlu kot nak jaga-jaga saham lagi.
Lu ada otak, lu pk. Jangan pk guna kaki.
P/S: YM oh YM.
Subscribe to:
Posts (Atom)